Saturday, August 28, 2010

KOD ETIKA YANG PERLU DIMILIKI OLEH WARGA HAM

BERTIMBANG RASA : Tidak akan menggunakan frekuensi (memancar) untuk menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada orang lain dengan secara sengaja.

SETIA : Akan sentiasa mewujudkan sifat setiakawan, menyumbangkan khidmat bakti kepada rakan dan kelabnya.

PROGRESIF : Akan sentiasa memastikan stesennya (radas dan peralatan) dan juga kaedah pengendalian yang diguna pakai berada dalam keadaan sempurna dan efisyen.

MESRA : Bersedia untuk melakukan transmisi dalam kadar yang sesuai dengan keperluan rakan yang lain, menghulurkan nasihat dan panduan kepada rakan baru, membantu dan memberi kerjasama sesama warga ham; semua ini adalah merupakan semangat warga ham yang sebenar.

MANTAP DAN SEIMBANG : Radio hanyalah satu hobi. Seorang ham yang baik tidak akan membiarkan hobinya menjejaskan tanggungjawab terhadap kerjayanya, rumahtangganya, persekolahannya (bagi warga rakan muda), atau terhadap masyarakatnya. Ia juga harus sedar bahawa ilmu dan kepakarannya mahupun stesennya adalah sentiasa tersedia untuk dilibatkan ke arah khidmat masyarakat atau negaranya.

Thursday, August 26, 2010

PENGENALAN RADIO AMATUR

Radio Amatur (HAM Radio) adalah satu hobi di mana seseorang itu dapat berhubung dengan rakan yang lain secara individu atau berkumpulan di seluruh negara dengan menggunakan gelombang radio .

Contohnya, anda berada di Kota Bharu, anda boleh berhubung dengan rakan-rakan radio amatur lain yang berada di Perlis, Kuala Lumpur atau Johor Bharu menggunakan frekuensi
144mhz-148mhz secara percuma.

Perhubungan ini dilakukan dengan menggunakan suara atau isyarat-isyarat lain seperti Kod Morse atau kaedah digital yang lain.

Seseorang yang hendak menjadi pengendali radio amatur hendaklah lulus di dalam peperiksaan RAE (Radio Amateur Examination). Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapatkan lesen radio amatur.
Di Malaysia, pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amatur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia. (MCMC).

Bayaran lesen kelas A adalah RM 36.00 setahun manakala kelas B buat masa ini ialah RM 24.00 setahun Setiap pengendali radio amatur mempunyai kod panggilan atau callsign yang tersendiri.

Di semenanjung Malaysia kodnya ialah 9M2 dan 9W2. Di Sarawak 9M8 atau 9W8 dan di Sabah 9M6 dan 9W6. 9M ialah lesen kelas A yang lulus RAE dan ujian morse code (CW) manakala 9W ialah lesen kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.

Sebelum menjadi seorang pengendali radio amatur yang berlesen, seseorang itu dipanggil SWL (Shortwave Listener). Setelah lulus RAE dan mendapat lesen kelas B daripada MCMC barulah seseorang itu boleh memancar dan ber_QSO di udara.

Sebagai panduan dan rujukan, Pengendali radio amatur boleh merujuk dokumen berikut:

Download Guideliness for Amateur Radio Services in Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dijangka akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) seterusnya pada Mei dan November setiap tahun. Maklumat lanjut mengenai RAE bolehlah diperolehi dengan mengunjungi laman web MCMC dari semasa ke semasa.